November 6, 2009

Sekolah: No Offense Please.


Kalau tak pergi sekolah, I tidak dapat menulis, mengeja, mengira, melukis dan mewarna. Tapi.. 

Ramai yang maklum, kalau cakap SEKOLAH je, mestilah berkait rapat dengan cikgu, pelajar, buku, pen, pengetua, rotan, dan lain-lain. Itu dulu lah. Sekolah zaman sekarang dah equipped dengan infrastruktur-infrastruktur yang canggih manggih seperti rokok, pil, gangsterisme, vandalisme dan seks.

Tak malu ke?

Majoriti, susah nak cakap, Melayu lah. Sebab apa? Sebab negara kita dipenuhi dengan bangsa Melayu. Sebab apa? Sebab dia kan Cina, dia pandai, dia kaya. Sebab apa? Sebab dia kan India, dia mesti terer English, dia ada estet.

Pada pendapat aku, sekolah ni ibarat perumah kepada semua masalah. Selain rumah sendiri. Aku hairan, sesetengah daripada kita students nak rebel dekat sekolah. Apa kau ingat sekolah tu kandang di mana kau harimau dan the rest of the students ialah makanan yang penjaga zoo campak tu? Maksud aku, aku geram sangat kalau di rumah, dia ni baik nauzubillahi min zalik lah, tapi bila jejak kaki di pintu pagar sekolah.. (sila gunakan perumpamaan harimau di atas).

Ramai sebenarnya kawan aku yang macam tu. Di rumah, dia macam terkongkong sangat, kalau buat salah kena marah. Jadi, kononnya lepaskan geram di sekolah. Bolehlah herdik caci kawan-kawan. Kalau herdik caci mak bapak kat rumah alamatnya assalamualaikum rumahku syurgaku.

Baru-baru ni kan kita 'seronok' baca Harian Metro; akhbar pilihan Malaysia, apabila kes budak perempuan kena roket ramai-ramai dalam stor sukan? Kita kan seronok baca benda tu. Sebab kita Melayu. Tapi di sebalik keseronokan tu, tak terfikir ke macam mana benda tu boleh berlaku?

Salah siapa?

Sekarang aku salahkan SEKOLAH. Kononnya sekolah sekarang hebat-hebat belaka dengan visi dan misi, Wawasan 2020, Sekolahku Rumahku Syurgaku, penghapusan kroni, penghapusan korupsi dalaman, tapi benda ni berjalan atau tidak?


I juga tak mungkin belajar IT kalau tak ke sekolah. Gambar: Office I. Haha.

Psst: Be my 50th follower and get a sticky 3 days link to your blog!

November 4, 2009

Cis.

Dalam sedar atau tak, aku sebenarnya seorang anak yang loser, memang muka neraka lah. Haih. Aku mengaku, tiap-tiap hari memang ada je benda yang buat aku tak puas hati dengan Mama dan Papa. Woo, jangan silap faham lah. Aku cuma tak puas hati, but not bold enough to voice out.

Macam, aku dilarang buat benda yang diaorang sendiri buat? Hmm.

Dulu waktu kecil, Papa memang marah kalau nampak aku buang sampah dalam longkang atau di tepi jalan. Ok, aku pun dah sedar la sekarang kenapa tak boleh buang. Alih-alih dua hari lepas, Papa pulak yang buang plastik straw dalam longkang? Haih.

Kang aku tegur, apa pulak.

Never mind. Sebenarnya aku cukup tak puas hati dengan Papa tak lain tak bukan pasal rokok. Mama punya cerita I reserve dulu lah. Ok, Papa hisap rokok. Hisap 1 kotak dalam masa dua hari. Aku tak tau teruk ke tidak. Bagi aku, kalau hisap sebatang pun dah teruk.

Masuk cerita tak puas hati, aku benci sangat kalau Papa hisap rokok dalam rumah, toilet dalam rumah, ataupun beranda rumah. Out out out. Tolonglah jangan libatkan aku dalam hal-hal pendek umur ni.

Lagi satu, apa yang aku tak puas hati, abang aku pun hisap rokok. Kamu faham lah kan, tanggungjawab seorang ayah mestilah kena nasihat anak dia macam "Abang janganlaaa dok hisap rokok tu, bahaya nih."

Tapi, tengoklah, dah Papa pun hisap rokok. Mana mungkin abang aku nak ikut cakap dia, macam ketam ajar anak berjalan. Yang abang aku pulak, dia ingat aku tak tau dia hisap rokok. Boleh pulak poyo, nasihat aku jangan hisap rokok. Lepastu ceramah Papa balik, "Papa jangan hisap rokok, nikotin, tar bla bla bla..", aduh nasibku.

Apa-apa pun, tolonglah jauhi rokok. Heh, pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Syarikat Seng Heng.

November 3, 2009

A Series of Great Perspective Values: Malaysia The Nation.



Halal, Liew Seng Tat.



House, Juntuning.



Lollipop, Nam Ron.



Duit Kecil, Johan John.



Rojak, Suleiman Brothers.

Ok, watch these if you haven't. Selamat Malaysia.

November 2, 2009

Hal Aku.

Aku baru pulang dari sekolah. Penat penat dan 'panas pungkoq' (slanga Kedah) selepas menjawab Add Maths dan Bahasa Arab, kedua-duanya kertas dua, dua jam setengah.

Haha, tersentuh pasal 'pungkoq' atau punggung dalam slanga Kedah, aku sebenarnya nak tergelak. Bukan apa, selalunya orang Kedah akan menggantikan huruf 'r' dengan 'q' di belakang perkataan. Air: ayaq, biar: biaq dan sebagainya lah.

Tapi, bila Papa aku, yang berasal dari Muar, Johor cuba nak cakap Kedah......

Hahaha.

Air: ayag, loqlaq (clumsy): loglag, mak caq (mak cik sulung): mak cag.

Well, itu tak ada apa-apa sebenarnya. Saja nak warm up. Heh.

Ok, aku nak menaip tentang masa depan aku. Ececeh. Aku selalu impikan masa depan yang cerah, yang futuristik hahaha, yang sharp lah. Sebenarnya cita-cita aku dulu nak jadi doktor. Tetapi disebabkan lahirnya aku kat dunia ni tiba-tiba alergik dengan nombor, teori, rumus, label dan sewaktu dengannya, aku terpaksa melupakannya.

Kalau dulu masa darjah 1 atau 2 atau 3 atau 4 dan seterusnya, memang kalau cikgu tanya "Hangpa nak jadi apa besaq nanti?", majoriti akan jawab "Doktor!!!!". Aku pun. Sebab di rumah, Mama dan Papa dah cakap, kalau kerja doktor gaji ribu-ribu, dapat belikan diaorang Mercedes, BMW, banglo ada *sumingpul, orang gaji 4 5 orang dan macam-macam lah.

Jadi, tak ke sedih aku kalau masa tu aku dah detect yang aku memang tak terer Sains dan Maths? Haha, punyalah takut kalau-kalau tak dapat belikan Mama dan Papa semua tu. Alah, tu masa kecil lah.

Sekarang, aku teringin pulak nak jadi cikgu. Cikgu? Ya cikgu. Sebab apa cikgu? Sebab cikgu ialah cikgu yang menyikgukan cikgu-cikgu.

Ya Allah hambamu ini merapu. Maafkan beliau.

Tak, aku nak jadi cikgu bahasa. Tak kiralah Bahasa Inggeris atau Malaysia, cuma aku memang teringin sangat esok lusa budak-budak panggil "Cikgu Amer Cikgu Amer! Ni metafora ni apa? Jenama kereta ke?" Haaa.

Cuma, entah, aku rasa kalau nak predict apa aku akan jadi dalam masa 4 tahun lagi berdasarkan pencapaian sekarang, alamatnya: NOTHING.

Itu yang aku fikirkan. 16 tahun, muda lagi ni. Tapi aku suka bazirkan masa. Esok tua mesti aku teringat dan cakap kat anak-anak aku, "Papa dulu ngaji memain. Hangpa ngaji la baguih-baguih, dapat belikan Papa Mercedes, BMW, banglo ada sumingpul, orang gaji 4 5 orang dan macam-macam lah."

Heh, hidup ini satu cycle, kan?

*Sumingpul: swimming pool.

November 1, 2009

The Winner!

I received only one e-mail, and it is the longest review of all. Congratulations Ash Lee, from Little Red Dress! Please join more and more contests at this blog sooner ok? Hehe. Oh, here's what she predicted:

Assalammualaikum, Amer.

First and foremost, I'd like to thank you for posting a list of the latest songs because now I know what to dig for. Since this nerd friend of yours spends little time to listen to any radio station, your list has helped her a lot to download more and more song. And this email is strictly my point of view only, so, please don't be offended!

Overall, I think Amer is just like me, and all other teenagers. He hears to all genre of music, from pop to Indie, from Adele, to Yuna to Carla Bruni. So, I expect him to be a normal guy. Normal in a way, he accepts people's view gladly and is not afraid to voice out his opinions. He's not someone that'll love a static figure, or a routine cycle. Yes, I know that because who else mixed Sami Muhamad (Yusuf lah!) with Estranged, Lenka and Yuna with The Fabulous Cats and of course the ever talented Zee Avi with Jason Mraz!

I do think Amer is a 'jiwang' type of guy too. I don't know why, but Ungu and Archuleta, and some songs gave me the idea this guy is very romantic and well, cheesy in a way. It's a good thing - for her girlfriend of course.

I respect Amer for having a Miley's song in his list. I mean, a GUY WITH MILEY'S SONG is RARE. Because everyone hates her? Haha, well. Whatever kan?

Trouble is a Friend & All My Bells are Ringing by Lenka - this song, if you find it nice, than I can say you're a person people would like to have by their side when they're sad. You're very encouraging, you don't like people to be sad, you'll try to help them, make them happy.

I Am Me Once More, Zee Avi -  dude, you're one sentimental, flowey, jazz-ey cool kinda guy. Enough said.

So, an overall review on this guy named Amer who I don't know in real life and partially trying to describe him in words by just looking at his playlist, I can see you're strong and yet very sentimental from the inside. You're loud but it's only because you feel comfortable being what you truly are. You try to make the very best from yourself and people around you. You're a good person, you try not to be a fanatic in any genre and are willing to try many things in life.

Amacam? Ade rupe result quiz Facebook tak? haha.

Sebab you mintak, I bersusah payah cari lagu2 tu untuk dengar macam mana bunyi, lyric dan nada lagunya. Penat okey!!!! Haha, anyways. Hope you're okay with me describing you in such way. Sorry if I'm wrong!

Yang benar,
Aiysyah a.k.a Ash

p/s: Unlike you, lagu yang I dengar lagi lentok, spiritual, flowery, jiwang habiss, slow and well - har har. memang lain dari taste you lah.


I blushed reading this! Hehe, thank you. You can ask for anything you want as the prize. Anything and limited. Hehe. And not to be forgotten, thank you ALL for participating. I'll make some better contests in the future, and hope you care to join them! Hehe.

*Kepada yang over-confident nak menang tapi tak menang, jangan kecil hati ok? Hehe, gurau.

October 31, 2009

Contest 1.

Please scroll down for more posts. This one is a sticky post.

Updated, 31st October, 9.13 am:
A review of all reviews: Aiyo aku tak faham kenapa kamu letak nama lagu? 

Heh, disqualified tu. So, please, rejoin the competition to stand a better chance winning this! Eh aku belum fikir lagi hadiah apa nak bagi. Ada idea?

Baiklah, kali ini aku merapu lagi. Hehe. Tak, tak. Aku mahu senaraikan lagu-lagu yang ada dalam playlist handphone aku. Menarik tak? *Bajet. Heh.
Oh jangan tekan pangkah di tab ini, sebab di akhir senarai list ini ada soalan yang perlu kamu jawab-in (?).

  1. 1000 Things- Jason Mraz
  2. A Little Too Not Over You- David Archuleta
  3. After Midnight- Yuna
  4. Aku Pelangi- Joanna & Co.
  5. All My Bells Are Ringing- Lenka
  6. All We Know- Paramore
  7. Any Other World- Mika
  8. Anything For You- Sami Yusuf
  9. Anything I'm Not- Lenka
  10. Apologize- David Archuleta 
  11. Aurora- Estranged
  12. Back To Black- Amy Winehouse
  13. Before The World Was Made- Carla Bruni
  14. Bengang- Akim
  15. BFF- Yuna
  16. Big Girl- Mika
  17. Bitter Heart- Zee Avi
  18. Blue Sands- Yuna
  19. Boom Boom Pow- The Black Eyed Peas
  20. Bring Me To Life- Evanescence
  21. Bukan Superman- The Lucky Laki
  22. Burnin' Up- Jonas Brothers
  23. Cerita Kedai Kopi- Malique
  24. Cinta Sempurna- Yuna
  25. Cintaku Tertinggal Di Malaysia- Dewa 19
  26. Cold Shoulder- Adele
  27. Crush- David Archuleta
  28. Dan Ku Biarkan Kau Terlepas- Ana Raffali
  29. Dan Sebenarnya- Yuna
  30. Decode- Paramore
  31. Deeper Conversation- Yuna
  32. Don't Bring Me Down- Sia
  33. Electric Bird- Sia
  34. Fall For You- Secondhand Serenade
  35. First of The Gang To Die- Zee Avi
  36. Fix You- Coldplay
  37. Force of Nature- Lenka
  38. Forever- Chris Brown
  39. Geek In The Pink- Jason Mraz
  40. Generation- Simple Plan
  41. Gives You Hell- The All American Rejects
  42. Goodnight Goodnight- Hot Hot Heat
  43. Hampa Hatiku- Ungu
  44. Hanya Kau Yang Mampu- Aizat
  45. Hanya Milik Dia- Ana Raffali ft. Radiostar
  46. He Was Mohammad- Sami Yusuf
  47. Her Spiral Necklace- Bo Bice
  48. Honey Bee- Zee Avi
  49. Hot Suff- Craig David
  50. How You Love Me Now- Hey Monday
  51. Hujung Dunia- Nitrus
  52. Hyper Killer- Bunkface
  53. I Am Me Once More- Zee Avi
  54. I Go- Aizat
  55. I Gotta Feeling- The Black Eyed Peas
  56. I Melt With You- Jason Mraz
  57. I Will Follow Him- Little Peggy March
  58. I'm Not Like You- Yuna
  59. I'm Yours- Jason Mraz
  60. Ignorance- Paramore
  61. It Ends Tonight- The All American Rejects
  62. Jangan Kau Lepas- Alexa
  63. Jangan Nakal- Aliff
  64. Just You And Me- Zee Avi
  65. Kantoi- Zee Avi
  66. Katakan Dengan Indah- Yuna covers Peterpan
  67. Kau Aku- Aizat
  68. Kau Yang Punya- Malique ft. Najwa
  69. Ketika Ini- Estranged
  70. Knock Knock- Lenka
  71. Ku Mahu Kau Tahu- Hujan
  72. Lagu Kita- Aizat
  73. Let The Flames Begin- Paramore
  74. Life Is Wonderful- Jason Mraz
  75. Like A Song- Lenka
  76. Live Like You're Dying- Lenka
  77. Love Is A Losing Game- Amy Winehouse
  78. Love Is Real- Jason Mraz
  79. Love Today- Mika
  80. Lucky- Jason Mraz ft. Colbie Callait
  81. Malaysia 1- Faizal Tahir
  82. Masih Jelas- Hafiz
  83. Mati Hidup Kembali- Butterfingers
  84. Menunggumu- Chrisye
  85. Missing Star- Yuna
  86. Move Along- The All American Rejects
  87. No Boundaries- Chris Allen
  88. No Christmas For Me- Zee Avi
  89. Oh Papa- Vetiver
  90. Pemain Cinta- Ada Band
  91. Pergi- Aizat
  92. Plane- Jason Mraz
  93. Prom Queen- Bunkface
  94. Radion- Imran Ajmain
  95. Relax, Take It Easy- Mika
  96. Revolusi- Bunkface
  97. Rocket- Yuna
  98. Runaway- Joe Brooks
  99. Salavat- Sami Yusuf
  100. Save You- Simple Plan
  101. See You In My Nightmares- Kanye West
  102. Selalu Mengalah- Seventeen
  103. Shadow Boxer- Adele
  104. Shadows- Nidji
  105. Situasi- Bunkface
  106. Skipalong- Lenka
  107. Sleep Walking- Joe Brooks
  108. Slot Akasia- The Fabulous Cats
  109. Sow Hands- Zee Avi
  110. Small Heart- Ana Raffali
  111. Someone You Used To Know- Zee Avi
  112. Song For A Friend- Jason Mraz
  113. Stay- Estrella
  114. Stronger- Kanye West
  115. Summer Breeze- Jason Mraz
  116. Superman- Joe Brooks
  117. Tears Dry On Their Own- Amy Winehouse
  118. Tercipta Untukku- Ungu
  119. The Beauty In Ugly- Jason Mraz
  120. The Climb- Miley Cyrus
  121. The Show- Lenka
  122. The Story- Zee Avi
  123. Thinking of You- Katy Perry
  124. This Is Ours- Yuna
  125. Three Cheers For Five Days- Mayday Parade
  126. Tingkap Kaca- Ana Raffali ft. Aidit Alfian
  127. Tired- Adele
  128. Touch My Hand- David Archuleta
  129. Trouble Is My Friend- Lenka
  130. Unbelievable- Craig David
  131. Unintended- Muse
  132. Waiting For My Rocket- Jason Mraz
  133. Wake Up Call- Hayden Panettiere
  134. What A Wonderful World- Zee Avi
  135. When You Believe- David Archuleta
  136. Will You Still Love Me Tomorrow- Amy Winehouse
  137. Wordplay- Jason Mraz
  138. Ya Mustafa- Sami Yusuf
  139. Yang Terlewatkan- Sheila On 7
  140. Yesterday- The Beetles
  141. You And I Both- Jason Mraz
  142. You Are Not Alone- Michael Jackson
  143. You Came To Me- Sami Yusuf
  144. You Know I'm No Good- Amy Winehouse
  145. Zero Gravity- David Archuleta
So that's it by far. Ok, here's a competition. By looking and judging on the list, you must find out my true colours. Try lah. Leave your judgment in comment form, or e-mail me to amerrezza930719@yahoo.com. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1/11/2009.

Special.

Special.

It is as simple as: i.e Amer Rezza seorang yang comel, or longer pun tak apa. Makin panjang makin bernilai. Try tau!

Kredit.

Sebelum tu, thanks Luqman for the credit, dan anggaplah entri ini aku yang gatal tangan nak tiru macam kau. Hehe. Oh, untuk semua, keep on reading and visiting, dan kalau aku dah lama tak buat entri baru, shout ramai-ramai di ruang komen (ececeh taktik haha) dan Insya Allah aku buat. Heh. Ok tak tak, kalau aku tak buat entri baru, maknanya cek dok busy la tu. Hangpa tunggu noo.



Thank you thank you.


Errr.. Ini semua salah Google!


Aku Bukan Jemsbon, Ahmad Luqman
My Great Life, Najmie

Dan duit dalam akaun Nuffnang aku tak banyak pun. Jadi tak perlu siarkan. Hehe.